Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi teruk mengumumkan akan menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar sebagai cubaan mendapatkan harga minyak murah, sehari selepas kehabisan bahan api di negara itu.<br /><br />Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera, berkata dua menteri akan dihantar ke Rusia pada Isnin, untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.
